Buruj adalah kumpulan bintang yang membentuk pola atau corak tertentu seperti binatang atau benda. Contohnya buruj Belantik (BI: Orion) membentuk sebuah belantik (sejenis alat penangkap binatang); buruj Pari (BI: Southern Cross) kelihatan seperti ikan pari, dan Buruj Biduk (BI: Big Dipper (AS) atauThe Plough (UK)) berbentuk sebuah biduk.
Perkataan buruj berasal daripada istilah Arab iaitu برج (burj) (tunggal), بروج (burūj) (jamak). Lain bangsa, lainlah persepsi mereka terhadap corak buruj itu. Justeru, nama buruj juga berbeza. Dalam contoh di atas, orang Melayu di Nusantara melihat corak empat biji bintang berbentuk segiempat dengan tiga biji bintang lagi sederet di dalamnya sebagai sebuah belantik manakala orang Yunani dan Rom Purba melihatnya sebagai susuk tubuh manusia iaitu pemburu bernama Orion.
Kesatuan Astronomi Antarabangsa telah membahagikan langit kepada 88 buruj, 12 daripadanya digolongkan dalam kumpulan yang disebut zodiak.
Surah Al-Buruj
Surat Al-Buruj (Arab: سورة البروج) ialah surat ke-85 dalam al-Quran. Surat ini tergolong surah Makiyyah yang terdiri atas 22 ayat. Dinamakan Al Buruuj yang bererti "gugusan bintang" diambil dari perkataan Al Buruuj yang terdapat pada ayat pertama surat ini.
Isi kandungan
- Sikap dan tindakan-tindakan orang-orang kafir terhadap orang-orang yang mengikuti seruan para rasul
- Bukti-bukti kekuasaan dan keesaan Allah
- Isyarat dari Allah bahwa orang-orang kafir Mekkah akan ditimpa azab sebagaimana kaum Firaun dan kaum Tsamud telah ditimpa azab
- Jaminan Allah terhadap kemurnian al-Quran.
Alhamdullillah......one more miracle was happened......masyallah...cantik and indah sangat-sangat kan......it so good if i have been there while this miracle happen...sujud syukur akan ku lakukan.....aminnn.....
Isi kandungan
No comments:
Post a Comment